January 28, 2015

Dah nak habis belajar

Hai kepada satu-satunya pembaca belog saya. Kalau ada yang curi-curi baca pun, hai lah juga. Bukan kau baca porno pun kan, apa salah.

Aku tak lama lagi nak habis belajar dah. Minggu depan awal Februari (eh nak masuk bulan baru dahlah), aku dah kena register semester baru. Nak masuk semester 8 dah. Selepas semester baru ini, aku akan masuk dunia intern. Pui. Intern sangat, jealous letewww dengan kawan-kawan yang dah lalui dunia intern depe. Okaylah aku nak kekalkan sifat old school, practical/practicum is alright.

Aku nak bagitau ni, yang aku tengah taip blogpost ni pakai phone haa tau tak. Taip pakai phone, baru semangat nak tulis belog. Maklumlah dah berapa purnama aku merindu, baru sekarang ada hati nak menulis lagi. Semenjak jadi traveller tegar bersama kawan-kawan perempuan, dah lupa untuk menulis. Sorry to say but I got to be honest, semenjak ada life okayyy. HAHA, in your face!

Kaki, selagi boleh jalan, berjalanlah sampai ke hujung dunia. Jangan nak tunggu tua, nak tunggu bila free, kita tak tau bila kali terakhir kita mengalami adrenaline rush, so before life disappears free you, yourself and go live up the world! Jangan lupa, ajak kawan-kawan. Ajak aku juga.

Sebenarnya dalam banyak-banyak travelog aku (apa benda travelog ni, sejenis log book ke), aku ada juga rindu nak menulis lagi. Tapi seni menulis tu macam dah hilang. Sekarang aku lebih kepada spontaneous. Maksud aku, menulis tak, tapi berkata-kata ya. HAHA pui. Bukan nak berlagak ke apa, tapi kalau dah buka meja semua (borak kosong sampai tekak koyak mata hilang perut berotot), akulah raja membahan. Weh membahan kena ada seni weh.

Tapi kan, masa cuti semester ini aku ada buat lagu baru. Lagu ni aku nak mainkan nanti, lepas habis belajar. Sebab lagu ni adalah lagu sempena graduation aku dan kawan-kawan. Eeee tak sabarnya! Tapi rindu, nak buat macam mana. Kan.

Baiklah. Cuti semester dah nak habis. Sabtu ni, aku dan kawan-kawan akan mulakan travelog pertama kita orang di tahun yang baru ini, dan juga sebagai meraikan permulaan semester yang baru. Kita orang pergi Ranau, beb, attending our miss' wedding there. Sejuk woi Ranau. Aku tak sabar nak berpestalah! Ahhhhh!

P/S: Tajuk lagu sempena graduation, Mentari Jingga di Dada Laut. Okayyy byeee.

2 comments:

Aimi Rosli said...

fuh, aku asyik terbaca / tertengok benda-benda pasal travelling je akhir-akhir ni. mungkinkah ...

Kupi Sajuk said...

Jommm travelling!