Sudah di penghujung minggu ke-7 kuliah saya sebagai seorang pelajar Unitar Semester 2. Betul, dalam mana-mana kalendar akademik pun, selepas sahaja 7 minggu kuliah berjalan minggu seterusnya adalah cuti pertengahan semester. Ya, minggu depan cuti seminggu. Tapi cuti kali ini untuk siapkan assignment. Kerana assignment semester dua ada sukar sikit daripada semester lepas punya. Dan kuantitinya pun cukup memberikan semangat untuk menjadi seorang pelajar yang rajin buat kerja. Haha.
Saya cerita serba-sedikit lah tentang semester dua sepanjang 7 minggu kuliah ini.
Semester dua, hubungan antara rakan-rakan kelas semakin rapat. Saya pun tidak macam dulu lagi. Yang mana orang panggil pendiam ataupun kurang mesra. Saya sangat bersyukur bahawa cubaan saya untuk menjadi seorang yang mesra atau friendly berhasil. Kalau tidak mencuba, mana kan dapat anak kan? Haa! Kami semua menjadi lebih dekat lagi. Hal ini kerana semester ini kami banyak leisure.
Miss tanya, "what is leisure?"
Tim cakap, "leisure is masa lapang!"
Semester ini kami banyak luangkan masa dengan kupi-kupi. Di breaktime lah mana lagi. Oleh kerana satu hari ada tiga kelas dari jam 10 pagi sehingga 5 petang. Sebelum ke kelas, kupi-kupi. Sebelum ke kelas petang, lunch. Selepas kelas petang, kupi-kupi lagi. Beginilah aktiviti kami setiap hari. Sehingga kami masing-masing sentiasa merindui satu sama lain walaupun hanya tidak berjumpa selama 3 hari. Kalau boleh kami mahu selalu berjumpa. Main gaduh-gaduh dan ketawa bersama.
Alffera cakap, "memang budak-budak bhtm ni gila-gila semua!"
Ada satu hal lagi. Tiga hari lepas iaitu hari Isnin, kami ke kelas Law. Masuk saja kelas,
Miss Feli, "Vivian, I like to nominate you as one of the MPM boleh?"
Vivian, "miss, boleh saya nominate orang lain juga ka? saya mau nominate si cassy."
Saya, "nda mau lah miss!"
Miss Feli, "why not? okay then i nominate both of you la so you can represent your faculty. ok?"
Sangat bagus. Saya tidak tahu kenapa saya harus dicalonkan. Ah! Saya ini paling tidak suka dengan tanggungjawab besar macam begini. Apa sudah saya buat sampai saya boleh dicalonkan. Saya masih mau ada leisure dengan rakan-rakan kelas saya. Saya mau sentiasa bersama mereka. Saya masih mau kupi-kupi dengan mereka. Saya tidak mau duduk dalam ofis MPM tu!
Pagi, pengumuman dari Student Affairs Department, kita akan adakan sesi interview calon-calon mpm. Nama kamu disenaraikan sebagai calon oleh lecturer sidma college. Sila datang untuk interview sesi pagi (9am-11.30am) pada 22/3/2013 (Jumaat) di kaunseling room. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya k. Andy - STAD. Terima kasih.
Ah! Interview pula besok! Apa saya mau jawab. Matai matai matai! Mentang-mentang hari Ahad baru saya balik Tuaran. Kureng. Oh ya, hari Sabtu kami pergi clubbing. Haha, Just joking, kami pergi event Earth Hour 2013 di 1B. Pergi dengan rakan-rakan kelas. Satu hari dari 11 pagi sampai 11 malam. Wah bangas!
Di sini saya sajikan hidangan makan malam saya pada malam ini :)
![]() |
| Azah, me, Ezzah & Alffera |

1 comment:
keakrabannya boleh dirasa melalui tulisan.
MPM tu apa ? Macam MPP ke ? Good luck Cassy! :D
Post a Comment