"A relationship with no arguments, is a relationship with a lot of secrets."
Ini cerita seorang perempuan, seorang kekasih dan seorang lelaki. Bukan cerita cinta tiga segi korea.
Perempuan dan lelaki sudah berkawan selama 6 tahun lamanya. Mereka sangat mengenali satu sama lain. Lelaki mengaku perempuan ini kawan baik dia. Perempuan hanya senyum tidak kata apa-apa. Sepanjang masa persahabatan mereka, perempuan dan lelaki tidak pernah ada sengketa. Sebab lelaki kenal perempuan, perempuan kenal lelaki, infiniti. Kerana waktu persahabatan yang agak lama, lelaki dan perempuan sudah dapat membaca fikiran masing-masing.
Satu hari, perempuan berfikir. Kenapa dia dan lelaki tidak pernah tidak bersetuju? Kenapa dengan yang lain dia mudah untuk tidak bersetuju? Adakah kerana perkenalan yang sudah lama bermula? Perempuan berfikir. Perempuan memasang niat untuk berlaga, untuk melihat reaksi lelaki. Tetapi baru niat. Perempuan terjumpa ayat di atas. Memang perempuan dan lelaki dapat membaca fikiran masing-masing. Tetapi bagaimana dengan hati masing-masing? Hati dan naluri perempuan memberitahunya yang lelaki ada sesuatu yang disimpannya tetapi disembunyikannya di dalam hatinya, dan kerana itu perempuan tidak tahu apakah ia.
Secret.
Perempuan dan kekasih sudah berkawan selama 8 tahun lamanya. Mereka sudah hampir tiga tahun berkongsi kasih. 8 tahun lepas, perkenalan mereka bermula. Setiap hari semakin banyak yang dibualkan dan semakin rapat. Banyak diceritakan. Tetapi itu dulu. Selama hampir tiga tahun ini, perempuan dan kekasih seperti bayi kembar yang baru lahir. Terpisah, bersama dan bertemu. Terpisah lagi. Adakah perkenalan yang dulu itu masih menjadi perkenalan yang sekarang?
Satu hal yang membawa kepada berkongsi kasih adalah perkenalan. Kau nak ke berkongsi kasih dengan stranger? Perempuan berfikir. Kenapa dia dan kekasih tidak pernah tidak bersetuju? Kenapa melihat yang lain, mereka mudah untuk tidak bersetuju? Adakah kerana takut dengan hal-hal terakhir? Keputusan? Perempuan berfikir. Perempuan terjumpa ayat di atas. Memang adalah hal yang baik untuk tidak berlaga. Memang adalah baik kerana tiada sengketa. Tetapi adakah kerana perempuan bersetuju demi lelaki, dan kekasih demi perempuan? Naluri seorang perempuan memberitahunya ada yang tidak aman. Tetapi kekasih memberi sesuatu, "it's gonna be ok".
Secret.
P/S: Perempuan tidak berjaya cungkil apa yang dia hendak cungkil tetapi perempuan hanya mendapat kulit rahsia yang sudah mati.
No comments:
Post a Comment