February 12, 2013

Kemahiran Hidup

Kelihatan hampir satu per tiga daripada 30 orang rakan-rakan kelas gua sudah dibenarkan duduk termasuklah gua. Hari ini cikgu Rachel ajak kami main satu permainan. Siapa dapat jawab dengan betul boleh duduk. Yang tinggal yang tak dapat jawab ketuk ketampi. Sebenarnya dari minggu lepas kami sudah diarahkan untuk mengulangkaji satu bab spesifik di dalam buku teks Kemahiran Hidup.

Cikgu Rachel mengajukan soalan. Seorang rakan kelas gua yang biasa dipanggil Chau angkat tangan dan bersuara. Nampaknya dia dapat jawab dengan betul bila Cikgu Rachel memberi isyarat untuk duduk. Tetapi tiba-tiba...

"Chau, berdiri balik..."

Kesian Chau. Dia bingung.

"Sebelum kamu duduk tadi, apa yang kamu buat?"

Chau masih bingung. Dia teringat sesuatu.

"Terima kasih, cikgu."

Mungkin dia lupa berterima kasih tadi sebab dibenarkan duduk. Sekarang mungkin sudah selesai. Tetapi...

"Sama-sama. Tapi jangan duduk dulu. Kamu sedarkah apa kamu buat tadi, sebelum kamu duduk?"

Kesian Chau. Sudah berterima kasih tetapi masih tak boleh duduk. Masih bingung. Salah apa lagi. Sebelum ini gua lupa terangkan. Chau adalah rakan kelas gua yang berbangsa cina. Gua pula separuh cina separuh kadazan. Maksudnya gua ni sino kadazan lah. Gua ada belajar bahasa cina tapi tak adalah lurus mana. Chau pun macam begitu juga. Dia bukan tak belajar bahasa melayu cuma kurang lurus.

Cikgu Rachel bersuara lagi. Bercakap depan rakan-rakan kelas lain tentang kesalahan Chau.

"Sekarang cikgu mau kamu minta maaf dengan cikgu, dengan cara yang betul."

Percubaan mohon maaf #1

"Cikgu, tolong minta maaf..."

"Kamu suruh cikgu minta maaf?"

Gagal.

Percubaan mohon maaf #2

"Cikgu, saya maafkan..."

"Cikgu mana ada buat salah. Kenapa kamu mau maafkan cikgu? Sekarang ni kamu yang buat salah."

Gagal.

Percubaan mohon maaf #3

"Cikgu, saya minta maaf..."

"Baiklah cikgu maafkan. Lain kali jangan buat lagi."

Lulus! Chau boleh duduk sekarang. Kali ini sebelum duduk, dia tak berani keluar lidah lagi.

P/S: Kita ada kebiasaan, keluar lidah selepas berjaya menjawab soalan. Tetapi ini bukan kebiasaan saya. Saya bukan jenis keluar lidah. Saya jenis berlagak. Haha. Tetapi ini lah yang berlaku semasa gua belajar di tingkatan dua. Ingat, minta maaf dengan cara yang betul!

No comments: