February 08, 2013

Cerita bila perempuan kumpul-kumpul

"ada saya mau tanya, if guys sama guys kumpul-kumpul apa diorang cerita?"

"kami cerita something about girls, girls, funny and interesting experiences. if sama kepala, ada lah cerita seks dan seks..."

Demikian perbualan di antara dua orang kawan rapat - perempuan dan lelaki. Saya menulis sebagai perempuan. Memang saya perempuan lah. Kali ini, kita cerita pasal lelaki. Haaa suka tak kalau cerita pasal lelaki? Macam perbualan di atas ni, rasa-rasanya kalau perempuan kumpul-kumpul, kita cerita tentang apa ya? :P

Baiklah. Fokus lelaki. "Kenapa lelaki tak suka perempuan yang ramai kawan lelaki?" Jeng jeng jeng. Bukan saya cakap tapi saya jumpa masa google. Saya tertarik sebab satu, memang saya ramai kawan lelaki. Dua, saya rasa boyfriend saya tak suka bila saya ada ramai kawan lelaki. Boleh pakai sebab ni?

susah bila ada ramai kawan lelaki. nanti bila diorang dah kahwin, kau mau lepak dengan siapa lagi.

Ini monolog dalaman seorang perempuan yang ramai kawan lelaki. Sebenarnya saya sudah pasang gol ketika berusia 21 tahun iaitu untuk mencari sebanyak mana kawan perempuan yang tidak bikin pening kepala. Sekurang-kurangnya 5. Eh, 3 lah! Maksud saya kawan perempuan yang tidak bikin pening kepala adalah yang tau bila hendak berhenti bercakap (bukan 24/7 bercakap), sporting, non-gedik, no drama, dan last but not least kepala otak sama.

Bila cakap kepala otak sama ni rumit sikit.

"if sama kepala, ada lah cerita seks dan seks..."

Saya ada kawan perempuan. Kawan perempuan yang aksinya seperti lelaki. Haaa kawan perempuan juga kan! Haaa kawan perempuan macam ni best sebab kurang drama dan natural. Kawan perempuan saya yang aksinya macam lelaki ini pun ada ramai kawan lelaki. Tu dia! Macam mana, pening? Okey habis yang ini.

Satu malam, satu tanggapan terapung-apung di laut pemikiran saya. Dia okey tak kalau saya berkawan dengan ramai kawan lelaki? Eh salah-salah. Dia tau tak saya sebenarnya lebih ramai kawan lelaki dari kawan perempuan? Mungkin dia kenal saya lama sejak 8 tahun lalu. Tapi itukan masa saya masih duduk di sebelahnya. Sekarang ini dia duduk di negeri orang. Mungkin ada yang masih belum dikenalinya.

Sejak dari kecil saya suka berkawan dengan lelaki. Jangan halang saya mau berkawan dengan mereka. Saya suka bermain dengan lelaki sebab kalau bermain dengan perempuan ada hadnya. Main bubut-bubut lah! Dewasa ini, saya bukan sembarangan bersukaria dengan kawan-kawan lelaki saya. Saya taulah batasnya. Saya taulah diorang pun ada girlfriend. Saya tak pernah pun lagi tangkap gambar berdua bersama best guyfriend saya sebab saya tak mau girlfriend dia jeles dan dump dia.

Saya pun girlfriend orang. Tapi saya tak jeles pun bila boyfriend saya cerita dia pigi clubbing menari dengan perempuan disana. Saya rasa tiada hak mau jeles sebab tiada ikatan apa-apa pun. Kami belum pun menjadi suami-isteri. Amboi tiba-tiba jadi kes berat. Okey tutup.

"malu saya mau ikut kumpul-kumpul sama kamu. saya satu orang seja perempuan..."

"kau rock bha. anytime kau boleh join."

Ini juga perbualan di antara dua orang kawan rapat - perempuan dan lelaki. Dia panggil saya best friend. Saya tidak mengaku tapi dia mengaku. Saya sudah jadi fobia dengan perkataan best friend. Haa cerita yang ini kita sambung di halaman lain ya.

P/S: Macam merapu seja tulisan saya ini. Lama-lama tidak berkaitan dengan tajuk. Haih.

No comments: