January 30, 2015

Apahal aku rajin sangat

Weh rajin gila kau update belog. Kekeke. Bagi aku chance lah. Kalau dah start berjalan, mana nak ingat menulis lagi.

Apa pasal eh, kau update belog mesti dekat tengah-tengah malam. Alahhh, hari baru aku bermula di waktu tengah malam. Lagipun sekarang adalah masa yang sesuai untuk bersikap jujur. Malam Jumaat weh.

Belog aku jujur tau!

Aku dah packing barang. Hehe. Tak sabar nak tunggu Sabtu datang. Ya, awal pagi Sabtu aku dah kena bangun. Siapkan sarapan. Mentang-mentang dalam group Whatsapp ada mentioned,

"Breakfast at Cassy's house at 8am."

Amboi. Breakfast ada, Nutella dan bread. Tau dah favourite budak-budak ni. Tapi breakfast on the go lah. Sebab aku tak kasi masuk rumah. Sorry. Rasa-rasanya tak boleh nak tidur kot sebab excited sangat yang esoknya nak pergi pesta. Biasalah tu, darah muda.

Eh Mommy, Aunty, Kakak and Koko, aku tunggu kalian sampai depan rumahlah Sabtu nanti. Okay byeee.

P/S: Sebenarnya aku tak adalah rajin sangat.

No comments: