June 16, 2013

Jurnal Semester 2: Sesuatu Yang Tertinggal

Kenapa dengan "Sesuatu Yang Tertinggal"? Apa yang tertinggal? Tertinggal di mana? Inilah jawapan kenapa semester dua kami semua koguts. Oh mungkin bukan semualah, tapi lebih dari separuh. Haha. Kami mulai koguts sejak balik dari trip ke Mahua. Mungkin semangat kami semua sudah tertinggal di Mahua. Atau mungkin semangat saya saja.

"Kenapa saya masih malas-malas ini?" bilang Sissy.

"Nah Sissy, itu sebab kau belum sadar-sadar tu..." bilang Vivi.

"Tulung dulu pukul saya. Supaya saya sadar. Koguts!" bilang Sissy.

"Si Sissy yang memanggil semangat dia pulang itu hari, semangat dia pula nda pulang." bilang Zaza.

"Otak saya nda dapat berpikir." bilang Zaza lagi.

"Saya nda tau kalau otak saya masih ada." bilang Sissy.

"Takkan kita mau pigi Mahua cari otak ni?" bilang Zaza.

Oh saya belum bilang lagi kan? Kami semua ada nama manja. Haha. Berkat saya ini durang ada nama manja. Rara, Vivi, Zaza, Jaja, Lily, Timmy, Jing-jing, Sissy dan JJ. Mula-mula menyesal saya taruh nama Sissy habis macam panggilan pondan pula tu. Tapi biarlah yang penting happy dan koguts!


Sambungan cerita semester dua saya kali ini bermula di bulan April. Yang bahagian satu itu bulan Mac punya. Haaaaa nampak gambar-gambar main suap-suap di atas ni? Ya, kami pigi celebrate birthday Vivi yang baru masuk 21 tahun ini tahun. Happy birthday Vivi! Oh ya, kami bukan celebrate birthday Vivi seja tapi juga celebrate birthday kami semua! Happy birthday BHTM gang! Ini adalah birthday celebration kami yang pertama. Ngam-ngam kami pigi celebrate ni ngam-ngam hari April Fool. Semat kan? Sebenarnya birthday Vivi time cuti seminggu bulan Mac bha tu jadi kira ini sambut lambat lah. Tapi bulih tahan jugalah. Haha.


Selepas kami semua suap birthday cake sama Vivi, giliran Vivi pula suap kami semua balik. Kalau nda kena suap, semua merajuk. Kuat merajuk betul kami ni! Haha.


Lepas putung kek, kami makan-makan. Secret recipe bha, white chocolate apa sudah tu nama dia lupa! "Stay Young" ah! Mimang si Zaza bilang, "macamana juga kalau jiwa remaja". Jiwa remaja sangat! 22 tahun sudah. Ya lah, saya, Zaza, Jaja sama Jing-jing seja dalam kelas tu yang paling tua. Yang lain-lain tu muda setahun seja pun. Tapi hantam, remaja masih bha kami! Kayu pun kayulah, si Timmy bilang. Kami celebrate birthday ni di Chicken Rice bha ni. Jadi makan Chicken Rice lah. Lupa saya bagitau pula macamana kejadian dia kami bulih pigi celebrate birthday Vivi ni.

Macam biasa lah kelas IS Monday jam 10 pagi. Kami masuk sudah kelas tu. Tinguk-tinguk jam sampai satu jam sudah Miss belum masuk ah. Kami stay-stay lah dulu dalam kelas kasi list numbur yang mau beli di Sports Toto nanti. Kan kami baru juga masuk sekolah bha ni balik dari cuti seminggu tu. Jadi cerita-cerita dulu. Terus tiba-tiba, "mari kita pigi celebrate birthday Vivi!" Nah apalagi! Kami ada tiga kelas bha Monday. Berderet ah kelas tu. Tapi nasib baik, dua kelas pertama Miss dia on leave. Lawa, kelas last kami jam 3 petang. Apalagi!


Ini kami habis sudah celebrate birthday kami semua. Haha. Mau pulang sudah bha ni. Big Boss bawa pulang sudah. Kami sempat lagi cari port bergambar-gambar. Tinguk bha, hensom kan saya! Peewittt! Mesti mau semat-semat begini bha pigi sekolah.

akan bersambung...
P/S: Ada part II pula untuk bahagian dua ini. Hehe.

No comments: