February 02, 2013

Don't be good, be better

Amacam cuti panjang? Best?

Cuti sudah habis, bro.

Cuti sudah habis. Semester dua Februari ini. 4hb saya balik ke kampus. Balik ke bilik sewa. Saya lihat jadual online kami hanya kelas dua hari iaitu Isnin dan Selasa. Heaven kan? Tapi jadual yang sebenar adalah yang terpampang pada dinding kaca pejabat akademik. Hal pertama yang harus dilakukan pada buka sekolah nanti adalah menyalin jadual waktu kelas. Selain itu juga "sayang apa khabar denganmu~" dengan rakan sekelas. Ceh masa cuti senyap saja mereka tapi bila keluar keputusan periksa bukan main.

"berapa pointer kau dapat?"

"lebih dari 3 tu kan..."

"you all sure got 4 flat."

Opps! Hihi. Ya, keputusan periksa untuk semester satu sudah keluar. Tahniah, kawan-kawan sekelas Bachelor of Hospitality Management (Hons.) Intake September 2012. Tahniah juga kepada warga pelajar UIU yang lain. Yang dapat good standing, make sure next semester we be better. Yang kekurangan jangan sedih, next sem kita tambah lagi. Kasi lajak tapi ingat lajak pun ada hadnya. Mesti tau berhenti apabila lampu merah menyala.

Semester satu yang lalu, tidak sia-sia usaha kami bertungkus-lumus mengulangkaji di saat-saat terakhir. Maksud saya last minute.



Kesan kejadian itu...


Semester two don't be good, be better.
:)

1 comment:

Aimi Rosli said...

tahniahhhh.
senyap-senyap je dah dapat result.

selamat memulakan semester baru (: