November 25, 2012

UIU, ini bukan mencarut

Hai! Kali ini aku pakai tulisan melayu. Tukar selera kejap memandangkan dah lama tak ber-slanga-kan melayu semenanjung. Bukan sebab aku rindu Puncak tau, bukan! Serius bukan! Okelah.

Macam dah lama tak menulis kan. Untuk yang lepas-lepas aku terlupa pula nak kenalkan rakan sekelas aku yang baru. Ya, 9 orang saja. Dari 9belas pergi 9. Elok lah tu. Lagi sikit lagi senang nak bersaing. Eh pulak!

Hari tu bila eh dah lupa tarikh, sebenarnya malas nak cek kalendar. Aku dan 7 orang kawan kelas pergi melawat ke Green Connection. Sebenarnya ini group assignment yang mengarahkan kami untuk membuat satu aktiviti bersifat akademik dan seterusnya harus diberikan ulasan di dalam kelas. Dan minggu depan hari rabu adalah hari presentation. Minggu depan memang hidup kampus aku penuh dengan presentation. Ah!

Baiklah perkenalkan ini dia rakan-rakan sekelas aku.

Lim

Jerry

Tim
Hah! Aku dah bagi tengok 3 orang! Cepat pilih mana yang hang suka! Ada tak yang hensem di mata anda? Haha gurau saja. Dalam 3 orang ni, aku paling senang bergaul dengan Lim sebab dia ni kelakar. Aku ingat kalau Lim jadi husband aku pun takda hal! Tapi dear macamana? Haa Jerry, dia ni pendiam gila! Aku pun tak ada senyap gila macam dia ni! Agak susah ah nak bawa bercakap apatah lagi bergurau. Tim pula big boss. Menjadi idaman di kalangan rakan sekelas aku yang berkaum hawa. Aku pun tak tau kenapa tapi bagi aku tak menjadi idaman lah sebab dia muda dari aku.

Sekarang giliran perempuan pula.

Vivian

Deanna

Azah

Ezzah
Semua ni girlfriend aku. Pasal apa, pasal diorang semua muda dari aku. Cuma Ezzah sama umur dengan aku. Itupun dia baru sambut birthday dia 5 hari lepas. Rupanya macam ni perasaannya bila menjadi orang yang tertua di dalam kelas. Tapi kan, Lim pun 21 tau. Wah ada jodoh!

Weh kau ni boleh tak jangan merepek! Fine!

Vivian ni aku rasa boleh jadi ketua. Dia suka adventure, suka pengalaman dan aku rasa aku dah jumpa orang yang semangat dia macam aku. Walaupun aku paling tua, aku lebih suka beri peluang kepada orang yang lebih muda untuk lead kita orang. Deanna pula, cantik orangnya. Tengok gambar pun tau kan. Mak bajau ayah cina. Macam ni lah, kalau nak dapat anak yang cantik kahwin dengan orang cina. Oke masa mula-mula aku jumpa Deanna ni, aku rasa takut. Tak dapat lah aku nak terangkan kenapa boleh ada rasa takut tapi tak lama kemudian, rasa tu dah hilang dan aku boleh campur dengan dia ni. Sebenarnya kalau hang dengaq Deanna gelak mesti hang terkejut punya! Dia punya gelak nombor satu dalam kelas!

Azah dan Ezzah selalu jadi bahan kekeliruan Lim dan Tim. Sebab nama diorang hampir sama bunyinya. Azah ni boleh dikatakan diam-diam ubi berisi, Jerry pun tak kurangnya. Haa si Ezzah ni pula, aku suka dengar dia ketawa. Walaupun masa tu aku tak nak ketawa, tapi dengar saja dia ketawa aku pun terikut. Kepala otak dia sama lah macam aku.

HAHA. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa nak gelak kuat-kuat. Tadi cakap rakan sekelas ada 9 orang termasuk aku, ni apasal pula kurang seorang ni. Haa yang seorang lagi namanya Nelly. Lagi seorang yang muda dari aku. Aku rasa kan dia ni boleh baca minda orang lah. Dia tau apa yang aku pikir! Err jangan-jangan dia ni Edward? Sudah kena efek twilight lagi.

By the way, dah tengok Breaking Dawn Part II? Macam mana? Aku terkesan pula tengok last part tu kan. Alah yang flashback pasangan romantik tu. Waduh! Bila lah aku dapat mengalami kenangan romantik macam depa ni? Haiyaiyai.

P/S: UIU tu Unitar International University.

No comments: